Tarian Zapin





Pengenalan

Tarian Zapin merupakan salah satu tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini dikatakan berasal dari Yamen dan dilhamkan oleh peranakan Arab. Perkataan Zapin merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini telah menular luas dalam kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Mengikut sejarah tarian ini, tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana pada permulaannya setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke -16. Pada ketika itu, negeri Johor merupakan sebuah entrepot anatarabagsa dan telah menggantiksn  peranana Melaka.

Tarian Zapin ialah pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individua. Zapin telah mengalami pengusahaian dari segi bentuk dan ragammnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.


Pakaian

Lelaki

Baju Kurung Belanga dikancing dengan butang emas ataupun suasa, kain samping, seluar dan songkok



Wanita

Berbaju kurung teluk Belanga dan sampan dagang luar, bersanggul atau bertudung dengan aksesori rantai emas



Alat Muzik

Antara alat muzik yang mengiringi tarian Zapin ialah
  • Gambus
  • Rebana
  • Gendang
  • Rebab 
  • Marakas









(Rajah 5- Alat Muzik Marakas. Sumber: https://dikirbarattmx.weebly.com/marakas.html)



Jenis-Jenis Zapin

Di Johor, terdapat 16 jenis zapin iaitu

  • Asli Johor
  • Putar Alam
  • Selat Panjang
  • Dayung
  • Cokoh
  • Pekajang
  • Sri Bunian
  • Pat Lipat
  • Tenglu
  • Lenga
  • Mahpom
  • Pulau
  • Parit Mastar
  • Tanjung Labuh
  •  Kores
  • Padang Sari



Struktur Persembahan dalam Tarian

Terdapat 3 bahagian iaitu

  • Masuk Panggung- Taksim Masuk
  • Menari- Ragam Tari
  • Keluar Panggung- Taksim Keluar

Asas Tarian Zapin (Lagu: Lanchang  Kuning)

Tarian Zapin sebenarnya mempunyai banyak variasi. Setiap variasi itu akan mempunyai ragam yang berbeza. 


  • Asas Pergerakan Tangan- Melenggang genggam tangan tak sudah
  • Asasa Pergerakan kaki- Langkah susun sireh

Susunan Ragam diikuti dengan Kiraan dalam persembahan Zapin Malaysia
 

Nama Pergerakan

Kiraan

Permulaan Lagu

Asas Setempat

2x8

Asas Maju

1x8

Asas Undur

1x8

Pantun 1

Asas Pusing Penjuru Kanan

2x8

Asas Pusing Penjuru Kiri

2x8

Asas Setempat

1x8

Ragam Maju Pusing

2x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Ragam Melingkar

2x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Pantun 2

Ragam Melingkar Tepuk

2x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Ragam Unta

2x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Ragam Gesek-Gesek Tendang-Tendang

4x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Pantun 3

Ragam Asas Setempat

1x8

Ragam Asas Maju

1x8

Ragam Asas Undur

1x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Ragam Asas Penjuru Kanan

2x8

Ragam Asas Penjuru Kiri

2x8

Ragam Asas Setempat

1x8

Ragam Maju Pusing

2x8

Akhir Lagu

Ragam Asas Setempat

3x8

Ragam Silang Kaki

2x8

Ragam Wainab

1x8

Pose Akhir

1x1

             

 





Berikut merupakan video asas Tarian Zapin dari Kumpulan Kesenian JKKN Perak yang mempunyai ragam setempat, ragam langkah melingkar, ragam unta dan ragam langkah acah . (Minit ke 8:42)


(Video 1- Asas Tarian Zapin. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=LxPAuCdhCW4)



Berikut merupakan beberapa contoh persembahan tarian Zapin.


(Video 2- Tarian Zapin yang dipersembahakan oleh CBN2 Puteri Gemalai Tari. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=PxN8WDOVx70)



(Video 3- Tarian Zapin yang dipersembahkan oleh Fakulti Tari ASWARA. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=-pOhaz_S_DI)




Sumber:

Modul Tari. (n.d.). Diakses pada Julai 19, 2020, dari https://pdfslide.net/documents/4-modul-tari.html

Sejarah Seni Tari Bangsa Melayu. (1970, Januari 01). Diakses pada Julai 19, 2020, dari http://bmm1024.blogspot.com/2015/07/bmm1024-sejarah-seni-tari-bangsa-melayu.html?m=1

Tarian Zapin Malaysia. (n.d.). Diakses pada Julai 23, 2020, dari https://www.scribd.com/document/350731491/Tarian-Zapin-Malaysia


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli