Tarian Ngajat Iban





Pengenalan

Tarian Ngajat merupakan salah satu tarian etnik Sarawak. Tarian ini sudah sebati dalam masyarakat Iban. Pada suatu ketika dahulu, Tarian Ngajat ditarikan untuk menyambut pahlawan Iban yang pulang dari berperang. Pahlawan-pahlawan tersebut diraihkan dengan sambutan gawai yang dipanggil Gawai Kenyalang.


Pakaian

Penari akan mengenakan pakaian tradisional asli masyarakat Iban iaitu

Wanita
  • Ngepan
  • Sugu Tinggi (Hiasan kepala)
  • Rawai Tinggi (Bahagian dada)
  • Kain tenun (Diikat pada pinggang)
  • Gelang tangan, kaki dan anting-anting



Lelaki 
  • Baju Burung
  • Sirat (Kain Cawat)
  • Gagong (Sejenis baju tebal dan keras)
  • Topi (Dihiasi dengan bulu burung dan rambut manusia)
  • Terabai (Pelindung diri daripada terkena pukulan atau tetakan musuh)
  • Ilang (Parang yang digunakan semasa berlawan dengan musuh)





Jenis-Jenis Tarian Ngajat

Terdapat beberapa jenis tarian Ngajat dan tujuan tarian-tarian tersebut iaitu
  • Ngajat Bebunoh
    • Langkah tari ini sama dengan perwatakan yang dilakukan ketika memburu
    • Dipersembahkan oleh kaum lelaki dan mempunyai pergerakan yang tangkas dan berani
    • Penari memakai pakaian kulit binatang (gagong) sambil memegang parang (ilang) dan pelindung diri (terabai)
    • Turut memakai topi yang dihiasi bulu burung dan rambut manusia
    • Tarian dimulakan apabila alat muzik tawak, bendai, dumbak dan engkerumong mula dibunyikan

  • Ngajat Lesong
    • dipersembahkan oleh golongan lelaki sahaja
    • bertujuan untuk menunjukkan kehebatan penari mengangkat lesung menggunakan gigi
    • melibatkan lesung apabila ditarikan dan ia membuatkan tarian tersebut menarik
      • lesung ialah alat menumbuk padi yang diperbuat daripada kayu, berat 20KG
    • memerlukan kekuatan dan kegagahan kerana penarinya akan mengigit lesung sepanjang tarian ini ditarikan

  • Ngajat Induk
    • Dalam bahasa Iban, Induk bermaksud wanita
    • Tarian Ngajat Induk merupakan tarian yang ditarikan golongan wanita sahaja
    • Kehidupan seharian dan aktiviti yang dilakukan masyarakat Iban digambarkan melalui tarian ini dimana tarian ini memerlukan lengguk tari yang lembut dan halus
    • Ngajat jenis ini masih lagi dipersembahkan terutamanya pada majlis-majlis kebudayaan di Sarawak

  • Ngajat Ngalu Temuai
    • Dipersembahkan untuk mengalu-alukan temuai atau tetamu
    • Kebiasaannya, tarian ini ditarikan bagi menjemput kehadiran orang kenamaan, tetamu-tetamu kehormat dan sebagainya

  • Ngajat Kuta
    • Ngajat ini mengabungkan penari wanita dan lelaki
    • Penari akan mempersembahkan tarian ini mengikut langkah tersendiri
    • Masih dipraktikkan sehingga kini dan dipersembahkan ketika majlis kebudayaan

  • Ngajat Pua Kumbu
    • Tarian ini dipersembahkan oleh golongan wanita
    • penggunaan Pua Kumbu iaitu tekstil tradisi masyarakat Iban telah memberikan kelainan Ngajat ini berbanding Ngajat yang lain


Alat Muzik

Alat muzik yang akan mengiringi tarian-tarian ini ialah 
  • Tawak
  • Bebendai
  • Engkerumong
  • Ketebung

Berikut merupakan video yang memaparkan contoh tarian Ngajat yang dipersembahkan oleh penari-penari di Kampung Budaya Sarawak.


(Video 1- Tarian Ngajat. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=dCBxYmk2myM)



Sumber:

Amran Aris. (2017, Februari 15). Tarian Ngajat. Diakses pada Julai 21, 2020, dari https://www.slideshare.net/amranaris67/tarian-ngajat-72184131

Nyambar, N. (2019, Mei 27). Tarian Ngajat identiti masyarakat Iban. Diakses pada Julai 21, 2020, dari http://www.astroawani.com/gaya-hidup/tarian-ngajat-identiti-masyarakat-iban-208669?amp=1




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli