Tarian Joget



(Rajah 1- Penari Tarian Joget. Sumber: https://adielaezza07.files.wordpress.com/2012/05/joget1.jpg)


Pengenalan

Tarian Joget merupakan salah satu tarian tradisional Melayu. Joget bermaksud menari atau bertandak.  Joget juga dikenali sebagai ronggeng dimana nama tersebut diambil daripada perkataan "wrong gang" kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.

Tarian ini merupakan tarian yang mudah dipraktikkan dan dipelajar serta telah menjadi salah satu tarian kegemaran masyarakat Malaysia. Pada zaman pemerintahan Portugis, Joget telah diperkenalkan oleh orang Melayu Melaka. Orang Melaka dipercayai telah mencipta joget sama ada dari segi tariannya atau muziknya. Tarian Joget ini telah dipilih dan diambil daripada gerak tarian Branyo iaitu tarian yang ditarikan oleh orang Portugis di Melaka.  Namun, tarian Branyo tersebut bukanlah berasal dari Portugal tetapi dipercayai telah diperkembangkan daripada tarian Brundo ataupun Branle dari Semenanjung Iberia. Kemungkinan besar branle adalah menjadi asas Branyo di Melaka yang kemudiannya ditiru dan digayakan oleh orang Melayu dan telah disebut sebagai "Joget".

Permulaannya, tarian joget hanya diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona. Kini, telah banyak lagu-lagu telah dicipta dan dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi.




Ritma dan Kod Muzik Tarian Joget

Ritma:
  • Cepat dengan rentak 2 atau 3 yang mempunyai keserasian dengan Tarantella atau Fandango dalam tempo 3/4 atau 6/8

Kod:
  • Disebut "terancang"
  • Bertempo cepat sehingga pasangan penari akan melompat rendah atau menghinjut lantai dengan sebelah kaki sambil sebelah kaki dihayun ke hadapan dan ke samping kaki yang berdiri

Pengiraan Tempo:
  • "Kiraan dan 1, dan 2, dan 3, dan 4....."

Alat Muzik 

Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian joget ialah;
  • Biola
  • Rebana
  • Tetawak atau Gong


(Rajah 3- Alat Muzik Tetawak. Sumber: https://warisankita-2.weebly.com/uploads/1/4/4/5/14456254/4349251_orig.gif?300)


 
(Rajah 4- Alat Muzik Tetawak. Sumber: https://dikirbarattmx.weebly.com/uploads/2/5/4/3/25435412/1245492.jpg?318)



Asas Pergerakan Tarian Joget (Lagu: Serampang Laut)

 

PERGERAKAN

 

KIRAAN

 

Setempat

 

1 x 8

 

Maju

 

1 x 8

 

Setempat

 

1 x 8

 

Undur

 

1 x 8

 

Setempat

 

1 x 8

 

Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik)

 

2 x 8

 

Setempat

 

1 x 8

 

Maju

 

1 x 8

 

Undur

 

1 x 8

 

Setempat

 

1 x 8

 

Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi)

 

2 x 8

 

Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik)

 

2 x 8

 

Setempat

 

1 x 8

 

Ragam Terancang Setempat

 

2 x 8

 

Ragam Terancang Lompat

 

2 x 8

 

Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan

 

1 x 4

 

Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri

 

1 x 4

 

Ragam Angkat Kaki ke Hadapan

 

1 x 4

 

Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur)

 

1 x 4

 

Susunan Pergerakan Asas Tarian Joget mengikut Ragam




Berikut adalah video yang memaparkan langkah-langkah susunan pergerakan setiap ragam.


(Video 1-Pergerakan Setempat. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=CwgP7J3Q7OY)


(Video 2- Kunang-Kunang Mabuk. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=ujZKBtKOzyc)




(Video 3 - Pergerakan Maju ke Hadapan. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=Q7Fj0yO4JLw)


(Video 4- Pergerakan Undur ke Belakang. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=xvTBlBMDB7M)


(Video 5 - Pengerakan Ragam Terancang Setempat. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=mPslJuAZl3k)



(Video 6 - Pergerakan Ragam Terancang Lompat. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=dPetj_2V89c)


Berikut merupakan video tarian Joget yang dipersembahkan oleh Kumpulan Aura Tari di Temu 2019.


(Video 7- Tarian Joget. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=bb267vpwAmI)






Rujukan:

Sejarah Tarian Joget. (2020, Julai 21). Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://cuitandokter.com/sejarah-tarian-joget/

Tarian Joget. (n.d.). Diakses pada Julai 22, 2020, dari http://www.ywj.gov.my/tarian-joget/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli