Tarian Menyak




Pengenalan

Tarian Menyak merupakan salah satu tarian etnik Sarawak. Tarian ini ditarikan oleh masyarakat Melanau. Tarian Menyak ini ialah satu tarian yang menggambarkan kehidupan desa masyarakat Melanau di persisiran Sarawak dalam pembuatan sagu. Tarian ini turut menggambarkan kerjasama yang harmoni dalam melaksanakan rutin harian di anata lelaki dan wanita.



Gerak Tarian

Gerak tari yang terdapat dalam tarian ini  meliputi kegiatan pembuatan sagu untuk mengeluarkan sagunya yang terdiri daripada;
  • Memotong
  • Mengikis
  • Menginjak 
  • Menghasilkan bola sagu

Pakaian Penari

Kebiasaanya penari akan memakai pakaian hitam bagi penari lelaki dan wanita kerana warna hitam melambangkan rasa kasih sayang sesama insan menurut kepercayaan mereka.

Lelaki

Pakaian penari lelaki terdiri daripada;
  • Kain Buleq (Ikat kepala)
  • Baju hitam butang 5 (panjang lengan 3 suku)
  • Seluar hitam (panjang 3 suku)
  • Kain Sabok (pelikat)
  • Kain untuk mengikat pinggang




Wanita

Pakaian penari wanita terdiri daripada;
  • Terendak (Topi)
  • Baju hitam lengan pendek
  • Kain sarung atau Kain batik




Cara Persembahan

Secara berkumpulan yang terdiri daripada 5 orang penari iaitu
  • 3 wanita
  • 2 lelaki


Ragam Asas Tarian Menyak







Susunan Ragam Menyak dalam Pola Lantai Persembahan Tarian




Berikut merupakan video contoh tarian Menyak.


(Video 1- Tarian Menyak yang dipersembahkan oleh Anak Seni Kibubuk ASK. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=jU3anGoWvZo)




Sumber:

SMK Lundu. (n.d.). Tarian Menyak (Melanau). Diakses pada Julai 21, 2020, dari https://anakdalamgading.files.wordpress.com/2014/08/modul-menyak-smk-lundu.pdf


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli