Tarian Sumazau




Tarian Sumazau merupakan salah satu tarian etnik Sabah dan tarian ini sangat terkenal dan diketahui ramai. Tarian ini ialah tarian suku kaum Kadazandusun. Tarian Sumazau ini akan dipersembahkan pada setiap bulan Mei di mana pada bulan tersebut ialah Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah yang digelar "Tadau Kaamatan". Corak penerbangan burung helang yang dilihat oleh petani-petani yang sedang berehat di sawah sewaktu musim menuai merupakan ilham kepada tarian Sumazau ini. Tarian ini turut ditarikan oleh kaum atau golongan petani yang terdiri daripada lelaki dan wanita dengan memakai pakaian tradisional.

Tujuan utama tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" iaitu semngat padi yang biasa dilakukan selepas menuai padi dan tarian ini turut ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan majlis jamuan. Fungsi tarian ini adalah untuk: 
  • mengucapkan kesyukuran yang berkaitan dengan menanam dan menuai padi
  • menolak bala
  • menyemah semangat
  • mengubati penyakit 

Kini, tarian ini turut ditarikan dalam banyak majlis keramaian seperti 
  • majlis-majlis perkahwinan
  • majlis keraian untuk menyambut orang-orang kenamaan

Tambahan, tarian ini turut ditarikan oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan suku kaum bagi memeriahkan majlis tanpa perlu memakai pakaian tradisional hitam.


Asas Tarian Sumazau
  • Kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibar mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut
    • Seumpama kipasan sayap burung
  • Pasangan penari lelaki dan wanita saling berhadapan  dan penari-penari tersebut akan mengerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil sambil tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu
  • Ketika menari, tangan dikepakkan keluar, gerakkannya turun naik
    • seperti burung terbang
  • Penari perlulah bergerak beberapa sentimeter sahaja daripada penari lain tanpa bersentuhan apabila penari tersebut berjaya menjayakan tarian Sumazau ini

Alat Muzik

Alat muzik yang mengiringi tarian Sumazau ini ialah

  • Gong
    • 6 buah gong yang berbagai ukuran
      • berbeza mengikut daerah dan desa dari segi tempoh dan rentak pukulan gong
  • Gendang
    • mempunyai rentak yang khusus


Pakaian Penari

Penari wanita dan lelaki akan memakai;
  • Pakaian serba hitam dengan dihiasi corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas

Aksesori

Wanita
  • Dihiasi dengan selendang
  • Memakai tangkong (tali pinggang) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars)






Lelaki
  • Memakai tanjak
  • menyendang daun silad kering




(Rajah 5- Penari lelaki memakai tanjak dan menyendang daun silad kering. Sumber: https://image.slidesharecdn.com/tariansumazaumuzik-170208152138/95/muzk3193-tarian-sumazau-9-638.jpg?cb=1486567679)


Berikut merupakan video contoh tarian Sumazau. 


(Video 1- Tarian Sumazau. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=nUXZaSTfFYE)


Sumber:

JKKN. (n.d.). Sumazau. Diakses pada Julai 20, 2020, dari

Tarian sumazau. (2017, Februari 08). Diakses pada Julai 20, 2020, dari https://www.slideshare.net/ElektifMuzikIPGKPM/pembentangan-tarian-sumazau





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli