Tarian Inang




Pengenalan

Tarian Inang merupakan salah satu tarian traditional Melayu. Inang bermaksud pengasuh. Justeru, Tarian Inang ini memberikan gambaran bagaiman lembut dan sopan satunnya peribadi seseorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan yang mengambarkan keserasian di dalam kehidupan berkeluarga.

Sedikit cerita mengenail Tarian Inang. Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu telah dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptannya oleh Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah adalah seorang yang gemarkan kesenian Melayu.  Sultan telah mengeluarkan arahan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk mengajar para dayang tentang tarian ini dan akan dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian. Tarian ini mempunyai rentak tari yang sangat lemah gemalai dan sesuai untuk ditarikan di Istana Diraja atas sebab ciri-ciri tersebut. Tarian Inang ini turut mempunyai nama lain iaitu Tarian Si Kembang Cina. Hal ini kerana terdapat juga pengaruh Cina di dalam muzik dan kadang-kadang penari-penari tarian Inang ini juga akan menggunakkan skaf panjang semasa melakukan persembahan. Kini tarian Mak Inang telah dikenali sebagai Tarian Inang iaitu versi moden tarian Mak Inang. Tarian ini sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan.

Lenggok tarian inang biasanya bergantung kepada peralatan yang diragakan di dalam tarian tersebut dan terdapat beberapa lenggok tarian inang yang biasa ditarikan iaitu
  • Inang Selendang
  • Ayam Didik
  • Tari Payung
  • Tari Sapu Tangan
  • Tari Lilin 
  • dan sebagainya 

Tarian ini ditarikan secara berpasangan oleh penari lelaki dan wanita.

Pakaian Penari

Penari Lelaki

Penari Wanita

Baju Melayu

Baju Kurung atau Kebaya

Selendang

Cucuk Sanggul

Samping Songket







Alat Muzik

Tarian ini diringi dengan beberapa alat muzik iaitu;
  • Rebana
  • Biola
  • Gendang

Tempo Tarian

Sederhana
  • 2/4 diselangi paluan gong

Pantas 
  • 4/4 berdasarkan irama masri

Asas Pengerakan Tarian Inang (Lagu:Timang-Timang Anak)

 

BIL

 

PERGERAKAN

 

KIRAAN

 

1

 

Setempat

 

2 x 8

 

2

 

Maju

 

1 x 8

 

3

 

Setempat

 

1 x 8

 

4

 

Undur

 

1 x 8

 

5

 

Setempat

 

2 x 8

 

6

 

Ragam huruf “C” (sudi - kanan)

 

1 X 4

 

7

 

Undur

 

1 x 4

 

8

 

Ragam huruf “C” (sudi - kiri)

 

1 x 4

 

9

 

Undur

 

1 x 4

 

10

 

Ragam huruf “L” dan “C” (pusing melalui kanan)

 

2 x 8

 

11

 

Ragam huruf “L” dan “C” (pusing melalui kiri)

 

2 x 8

 

12

 

Setempat

 

2 x 8

 

13

 

Maju

 

1 x 8

 

14

 

Setempat

 

1 x 8

 

15

 

Undur

 

1 x 8

 

16

 

Setempat

 

1 x 8








Berikut merupakan video asas Tarian Inang.


(Video 1- Pergerakan Asas Tarian Inang. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=YRTWLaGMCBQ&feature=youtu.be)



(Video 2- Pengerakan Asas Tarian Inang. (Minit ke 2:46) Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=LxPAuCdhCW4)



Berikut merupakan video 3 yang akan menerangkan tentang asas tarian inang iaitu ragam yang terdiri daripada

  • Ragam Lambung Angin Lelaki
  • Ragam Lambung Angin Wanita
  • Ragam Jemput Sudi Lelaki
  • Ragam Jemput Sudi Wanita
  • Ragam Sendeng Lelaki
  • Ragam Sendeng Wanita
  • Ragam Tikam dan Pusing Jaga
  • Ragam Tikam dan Pusing Malu
dalam tarian inang, pakaian dan demo tarian dalam tempo perlahan dan rancak yang dipersembahkan oleh USM.


(Video 3- Tutorial Tarian Inang. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=QGMRMgJJGog&t=171s)


Video 4 pula akan menunjukkan contoh tarian inang di atas pementasan yang dipersembahakn semasa Festival Tari Malaysia 2015.


(Video 4- Inanag Teruna Dara Tari Alif, Johor. Sumber: https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=T-l8Poa0tZ8&feature=emb_title)


Sumber:
 

Modul Tari. (n.d.). Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://pdfslide.net/documents/4-modul-tari.html

Tarian Inang. (n.d.). Diakses pada Julai 22, 2020, dari http://fyranajwa123.blogspot.com/?m=1

TARIAN MELAYU 2. (1970, Januari 01). Diakses pada Julai 22, 2020, dari http://aculamemey.blogspot.com/2015/05/tarian-melayu-2.html


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Limbai

Tarian Asli