Tarian Adai-Adai





Pengenalan

Tarian Adai-Adai merupakan salah satu tarian yang terdapat di Sabah dan Labuan. Tarian Adai-Adai ini merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei. Tarian Adai-Adai adalah tarian yang dikaitkan dan digambarkan dengan kehidupan para nelayan. Hal ini kerana kehidupan tradisi masyarakat brunei adalah kehidupan  kaum nelayan.

Asalnya, tarian ini merupakan suatu lagu yang berbentuk pantun dan dinyanyikan secara beramai-ramai. Penciptaan melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang bersesuai dengan irama dan suasana lagu itu telah mewujudkan tarian-tarian ini. Sebagai contoh lagu yang dinyanyikan yang bersesuaian ialah "Lagu Adai-Adai". Lagu tersebut selalu dinyanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dai menangkap ikan. Justeru, daripada kisah tersebut, maka terciptalah tarian ini yang mengambarkan keriangan, kepenatan dana pekerjaan yang dilakukan iaitu menangkap ikan.

Berikut merupakan Lagu Adai-Adai berserta lirik.


(Video 1- Lagu Adai-Adai dan Lirik. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=W2OL_YUx8Bo)


(Video 2- Lagu Adai-Adai yang dinyanyikan oleh Fauziah Gambus. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rzDuSyqKVVk)

Penciptaan tarian ini adalah untuk menghilangkan rasa mengantuk para nelayan pada waktu malam yang sedang berdayung untuk pulang dari menangkap ikan. Selain itu, di dalam tarian ini juga terdapat kaum wanita dimana kaum wanita tersebut menunggu kepulangan para nelayan di kawasan pantai untuk membantu hasil tangkapan yang akan diperoleh. 

Kebiasaannya, tarian ini akan ditarikan dan diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei atau menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Tarian Adai-Adai ini juga dipersembahkan secara berpasangan iaitu 4 lelaki dan 4 wanita diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian. Rentak tarian Adai-Adai ini sebenarnya hampir sama dengan rentak Tarian Zapin seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Alat Muzik

Permulaan: 

  • Tiada alat muzik khas yang digunakan. Muzik yang dihasilkan adalah hasil daripada hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan dan perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit.

Kini:

  • Pelbagai alat muzik telah digunakan seperti gong, kulintangan, gamelan dan sebagainya diadaptasi dalam tarian ini. Peralatan muzik moden dan barat turut sama digunakan bagi memeriahkan dan menambah nilai estetika dalam tarian Adai-Adai ini.


Pakaian dan Aksesori Penari


(Rajah 2- Contoh pakaian penari lelaki dan wanita. Sumber: https://i.ytimg.com/vi/BkfEBDk9XU8/hqdefault.jpg)

Wanita:

Pakaian
  • Baju Kebaya yang dipasangkan dengan gaun singkat paras lutut

Aksesori
  • Memegang satu alat iaitu Nyiru atau alat untuk menampi padi



Lelaki:

Pakaian
  • Pakaian untuk pergi ke laut seperti;
  • Topi berbentuk kon (sirung)
  • Seluar singkat paras lutut
  • Sehelai kain pelikat yang disilang di bahu

Aksesori
  • Memegang pendayung sampan

 


Berikut merupakan video tarian Adai-Adai yang dipersembahkan oleh Aswara semasa Era Dance Theatre Muara.


(Video 3- Tarian Adai-Adai. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=UStnubA2D3A)


Sumber:

Linneria, L., & Ignatius, J. (n.d.).  Tarian Tradisional di Sabah. Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://www.academia.edu/25851172/ASSIGNMENT_TITAS_TARIAN_TRADISIONAL_DI_SABAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli