Tarian Rambai




Pengenalan

Tarian Rambai merupakan salah satu tarian etnik Sabah. Tarian ini adalah tarian yang ditarikan oleh suku kaum Tidung. Tidung adalah suku kaum yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau, Kalabakan, Merotai, Bum Balai dan Sebatik. Selain itu, suku kaum Tidung ini juga ramai terdapat di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk.  

Rambai membawa maksud Tampi atau menampi dengan Nyiru. Perkataan tersebut sinonim dengan pekerjaan menuai padi iaitu mempunyai gerak-gerak petani ketika
  • INTOGOS iaitu bekerja
  • BEKABUN iaitu berkebun
  • TONGOYON iaitu bergotong-royong

Tarian ini ditarikan untuk menyambut atau meraikan musim menuai iaitu dengan mengadakan sebuah pesta atau festival yang dinamakan Pesta Menuai (samada untuk padi sawah atau padi bukit) di kawasan tanah rata iaitu Kalimaran, Nunukan, Tarakan dan Bolongan. Tarian ini biasanya dipersembahkan untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan hasil tanaman padi mereka

Pakaian Penari

Asalnya:
  • Menggunakan busana berasakan warna hitam dan hiasan lace berwarna emas


Alat Muzik

Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini ialah;
  • Kulintangan
  • Gendang 
  • Gong









Berikut merupakan contoh video tarian Rambai yang dipersembahkan oleh Pelajar SK Pekan Tamparuli.


(Video 1- Tarian Rambai. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=_JPySCIHNvc)


Berikut juga merupakan video contoh tarian Rambai yang dipersembahkan oleh Sekolah Tinggi Kota Kinabalu semasa Tugu Budaya 2018.



(Video 2- Tarian Rambai. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=BoQDi9E50pA)


Sumber:


JKKN. (n.d.). Rambai. Diakses pada Julai 20, 2020, dari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli