Tarian Bharathanatyam









Tarian Bharathanatyam merupakan tarian yang berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian kaum india. Bharathanatyam sebenarnya merupakan istilah atau perkataan ayng berasal daripada gabungan  empat suku kata iaitu;

SUKU KATA

MAKSUD

bha (bhava)

Ekspresi

ra (raga)

Muzik

ta (tala)

Ritma

natyam

Seni Tarian Dramatik


Untuk menguasai tarian ini, seseorang itu perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana tarian ini mempunyai pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata. Tarian yang dipersembahkan secara tradisional hanya dilakukan secara solo oleh seorang penari wanita. Kini, tarian ini telah dilaksanakan dan dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita. Bagi melengkapkan tarian ini, terdapat enam peringkat yang dikenali sebagai:

  • Alarippu
  • Jatiswaram
  • Sabdam
  • Varnam
  • Padam
  • Thillana

Peringkat-peringkat ini menggabungkan dua elemen atau bahagian iaitu
  •  Nritta (Tarian Tulen) 
    Elemen ini ialah gerak-geri abstrak oleh penari untuk menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat persembahan Bharathanatyam.

  • Nritya (Tarian Ekspressi).
    Elemen ini ialah elemen yang menjadikan penari sebagai "pencerita" yang menyampaikan sebuah kisah atau cerita melalui gerak-gerinya (abhinaya) yang penuh ekspresif tanpa suara.




Berikut merupakan video asas pergerakan Tarian Bharathanatyam (5th Nattadavu) . 


(Video 1- Tarian Bharathanatyam. Sumber: https://youtu.be/LHrFy35kECw)



Sumber:

Tarian Kaum India. (1970, Januari 01). Diakses dari http://tariankaumindia.blogspot.com/2016/09/masyarakat-india-pengenalan-masyarakat.html?m=1

SB, U. (1970, Januari 01). Bharatanatyam. Diakses dari http://uthayasb.blogspot.com/2010/05/bharatanatyam.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli