Tarian Asli






Pengenalan

Tarian Asli merupakan salah satu tarian tradisi melayu dan tarian ini wujud daripada rentak dan irama Dondang Sayang. Namun, perbezaan anatara Dondang Sayang dan Tarian Asli ialah tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun. Tarian Asli ini sebenarnya merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. 

Penari bagi tarian ini akan berpakaian melayu iaitu bagi;

Penari Lelaki

Penari Wanita

 Baju Melayu

Berkebaya Labuh  @ Berbaju Kurung

 Songkok

 Bersampin

 Peralatan Tambahan yang boleh ditarikan bersama-sama ialah;

  • Tudung Saji
  • Tepak Sireh
  • Keris
  • Songket 
  • Lain-lain

Manakala lagu-lagu yang digunakan untuk mempersembahkan tarian Asli ini ialah Makan Sireh, Tudung Saji, Tudung Periuk dan lain-lain. Video 1 menunjukkan salah satu contoh lagu yang digunakan dalam Tarian Asli iaitu Tudung Periuk.

(Video 1- Lagu Tudung Periuk. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=kP2S6pPlVO0&t=28s)

Kini, tarian asli ini berkembang dan dan dicpta daripada lagu-lagu seperti Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli, Selendang, Bentan Telani dan Asli Abadi.


Pergerakan Tarian Asli 

Pengerakan asas setempat untuk posisi kaki untuk lelaki dan wanita dinamakan Langkah Berjuntai. 

Tarian Asli ini mempunyai 3 ragam iaitu;
  • Ragam Petik Bunga
  • Temu Kilas Angin Silang Kaki
  • Petik Bunga Berganda 

Ragam Petik Bunga (kanan dan kiri ) gerak wanita


(Rajah 2- Teknik-teknik atau pergerakan asas dalam Tarian Asli. Sumber: http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/TARI%20ASLI.pdf)


Ragam Petik Bunga (kanan dan kiri ) gerak lelaki


(Rajah 3- Teknik-teknik atau pergerakan asas dalam Tarian Asli. Sumber: http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/TARI%20ASLI.pdf)


Ragam Temu Kilas Angin Silang Kaki (kiri dan kanan) gerak wanita



(Rajah 4 dan 5- Teknik-teknik atau pergerakan asas dalam Tarian Asli. Sumber: http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/TARI%20ASLI.pdf)



Ragam Temu Kilas Angin Silang Kaki (kiri dan kanan) gerak lelaki


(Rajah 6 dan 7- Teknik-teknik atau pergerakan asas dalam Tarian Asli. Sumber: http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/TARI%20ASLI.pdf)



Ragan Petik Bunga Langkah Berganda (kiri dan kanan) gerak perempuan


(Rajah 8- Teknik-teknik atau pergerakan asas dalam Tarian Asli. Sumber: http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/TARI%20ASLI.pdf)


Ragan Petik Bunga Langkah Berganda (kiri dan kanan) gerak lelaki


(Rajah 9- Teknik-teknik atau pergerakan asas dalam Tarian Asli. Sumber: http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/TARI%20ASLI.pdf)


Berikut merupakan video Tarian Asli yang dipersembahkan oleh SSeMJ 2019 Seni Tari Tingkatan 3. Video ini akan memaparkan pengerakan asas yang terdapat dalam Tarian Asli.




 

Rujukan: 

JKKN. (n.d.). Sudut Pembelajaran Seni Tari-Tari Asli. Diakses pada Julai 22, 2020, dari http://www.jkkn.gov.my/ms/sudut-pembelajaran-seni-tari-tari-asli

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai