Tarian Terinai
(Rajah 1- Tarian Terinai. Sumber: https://i.ytimg.com/vi/AxizjKf1TAM/maxresdefault.jpg)
(Rajah 2- Tarian Terinai. Sumber: https://i.ytimg.com/vi/rtXC7bRbXig/hqdefault.jpg)
Pengenalan
Tarian Terinai merupakan salah satu tarian Melayu dan juga merupakan tarian tradisional yang terdapat di Perlis. Tarian Terinai ini mempunyai beberapa lagu untuk mengiringi tarian ini iaitu
- Lagu Selong
- Batu Belah
- Cik Lang
- Cik Sulung
- Lagu Terinai
Ketika upacara berinai pengantin perempuan, tarian ini ditarikan di hadapan pelamin. Sirih pinang dan wang pengkeras hendaklah disediakan dahulu apabila tarian ini hendak ditarikan.
Bilangan Penari
Dahulu:
- Ditarikan serentak oleh 3 orang lelaki
Kini:
- Ditukar kepada 4 orang wanita
Alat Muzik
Tarian ini akan diiringi dengan muzik gendang keting.
Asas Tarian Terinai
- Penari akan menari menggunakan pring bersama ilin yang menyala.
- Bilangan lilin akan bertambah
- Peringkat pertama: 5 batang
- Peringkat kedua: 7 batang
- Peringkat ketiga: 9 Batang
- Dimulakan dengan duduk bersila
- Penari akan meletakkan piring di hujung kelima-lima jari sambil melenggangkan jari tersebut mengikut variasi-variasi tersendiri secara lemah lembut dan meliuk-liuk
- Setelah beberapa variasi telak dilakukan, penari akan beransur-ansur bangun berdiri dan bergerak mengikut langkah yang tersendiri
Berikut merupakan video Tarian Terinai semasa "Forging Tradition: Training The Trainers" yang dianjurkan oleh Falkuti Tari, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby dan ASK Dance Company Sdn Bhd pada tahun 2018.
(Video 1- Tarian Terinai. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=QNndTnFQ2Ok)
Di bawah ini juga merupakan video Tarian Terinai yang dipersembahkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) semasa "Malaysia Classical Dance PeTA TARI ASWARA 2012.
Sumber:
Tarian Terinai. (n.d.). Diakses pada Julai 19, 2020, dari http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/tarian-terinai.html?m=1
Ulasan
Catat Ulasan