Tarian Datun Julud





Pengenalan

Tarian Datun Julud atau juga dikenali sebagai tarian Kenyalang merupakan salah satu tarian etnik Sarawak. Tarian ini popular dalam kalangan masyarakat etnik Kayan atau Kenyah. Kebiasaannya,tarian ini akan dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan iaitu bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan daripada berburu dan perayaan tahunan iaitu untuk menandakan tamatnya musim menuai.

Dipercayai, asal usul tarian ini dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan yang bernama Nyik Selong. Nyik Selong mencipta tarian ini untuk meluahkan tansa kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Tarian ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. 


Alat Muzik

Alat muzik yang digunakan untuk  mengiringi tarian Datun Julud ini adalah Sape sahaja. Sape ialah alat muzik yang berbentuk seperti gambus panjang, badannya panjang,  berbentuk hampir empat segi.



Pakaian Penari

Tarian ini sebenarnya tidak mempunyai pakaian khas kerana tarian ini ditarikan untuk berhibur di rumah panjang. Namun sekiranya ada tetamu kenamaan atau menyambut hari-hari perayaan, terdapat beberapa corak pakaian tradisional yang digunakan antaranya;
  • penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing
  • baju dan sarung (taah) diperbuat daripada manik dan labuci yang dihiasi dengan ukiran tradisi 

Penari Wanita

Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain bermotif tradisi. Di tangan penari wanita, penari wanita akan memegang kipas yang diperbuat daripada bulu burung enggang. Bulu-bulu burung tersebut akan dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari wanita.

Penari Lelaki 

Penari lelaki akan membawa perisai dikenali "Terabai" dan juga parang panjang dikenali "IIang" semasa penari lelaki menari. Terdapat topi yang dilekatlam dengan bulu burung kenyalang untuk menghias kepala penari lelaki. Baju yang digunakan oleh penari lelaki diperbuat daripada kulit kayu Kemedu atau kulit kambing Sunong.


Gerak Tari

Kebiasaannya, seorang ketua biasanya lelaki akan berada di hadapan sekumpulan penari wanita. Ketua tersebut akan memulakan pergerakan yang akan diikuti oleh penari-penari yang lain. Pengerakan tarian ini dicipta secara agak spontan yang telah menyebabkan perubahan pergerakan kaki dan tangan pada bila-bila masa sahaja. Penari-penari akan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan apabila penari-penari tersebut menari tarian ini. 


Berikut merupakan video gerak tari Tarian Datun Julud.


(Video 1- Tarian Datun Julud. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=lBFj87WZ43Y)


Rujukan:

Kaum dan Etnik di Malaysia. (2017, Oktober 03). Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://sejkssrt6t2u4u5.wordpress.com/11-1-kaum-dan-etnik-di-malaysia/

Menua, S. (1970, Januari 01). Tarian Datun Julud. Diakses pada Julai 22, 2020, dari http://tajaulama.blogspot.com/2011/01/tarian-datun-julud.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli