Tarian Kolattam





Pengenalan

Tarian Kolattam merupakan salah satu tarian etnik India. Kolattam melibatkan persembahan yang diadakan untuk perayaan tertentu oleh kaum wanita dan kanak-kanak perempuan di Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan negeri-negeri di selatan.  Asal Kolattam ialah berasal dari daerah-daerah seperti Mahabalipuram, Taripatri, Marchela, Hampi dan Ramappa.

Menggunakan kayu kecil yang dipanggil "Kol", penari-penari tersebut akan menggunakannya untuk tariam yang seragam. Kayu-kayu kecil tersebut akan diketuk bersama untuk mengahasilkan bunyi yang harmoni mengikut irama lagu.


(Rajah 2- Kayu Kol yang digunakan dalam tarian ini. Sumber: https://www.slideshare.net/hazizon/folio-tarian-rimup)


Di Malaysia, tarian ini akan ditarikan dan dipersembahkan semasa perayaan-perayaan tertentu seperti Thaipusam dan Ponggal. Untuk mempelajari tarian ini, seseorang itu boleh mempelajarinya dari penari-penari atau penari-penari tersebut akan mengadakan kelas tradisional. Pada hari ini, tarian Kolattam telah pun berubah sedikit dari segi rentak muziknya dimana sekarang muziknya berbentuk kotemporari.


Cara Persembahan
  • Biasanya dilakukan dalam satu bulatan oleh penari sambil menari mengikut irama lagu
    • Irama lagu berbunyi seperti
      • "it tayyaku" atau "kita kita tayyaku"
  • Penari turut menyanyikan lagu tersebut sambil menari
  • Penari perlu dan amat penting untuk melakukan pergerakan yang seragam dan pantas mengikut lagu
  • Cara-cara persembahan Tarian Kolattam ialah
    1. Penari akan memulakan lagu
    2. Tarian diikuti penari-penari lain
    3. Tarian dilakukan dalam satu bulan sambil bergerak ke hadapan dan belakang mengikut irama dan rentak


Perkataan Penari dalam Tarian Kolattam
  • Terdapat beberapa perkataan tertentu yang digunakan penari
    • "Pennudi"
      • Penari Utama
    • "Usi"
      • Kepantasan
    • "Ettugada"
      • Permulaan Tarian


Pakaian Penari

Penari Kolattam akan memakai pakaian yang berwarna-warni 


(Rajah 3- Pakaian Penari yang berwarna-warni. Sumber: https://www.slideshare.net/hazizon/folio-tarian-rimup)



Alat Muzik

Muzik latar akan digunakan dalam tarian ini namun terdapat juga alat muzik yang digunakan dalam tarian ini iaitu gendang.


Beriku merupakan contoh Tarian Kolattam.




(Video 1- Tarian Kolattam. Sumber: 



Sumber:

Muhamad Hazizon. (2014, September 05). Folio tarian RIMUP. Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://www.slideshare.net/hazizon/folio-tarian-rimup

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli