Seni Tarian secara Umum

14 Tarian Tradisional Masyarakat Majmuk Di Malaysia - SENTIASAPANAS



    Malaysia merupakan salah satu negara yang banyak mempersembahkan seni tarian dalam kehidupan bermasyarakat. Kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia ini seperti etnik dan budaya disokong dengan pengaruh luar telah memberikan impak positif dalam seni tarian. Faktor tersebut telah menghasilkan pelbagai jenis tarian seperti tarian Zapin, tarian Kuda Kepang, tarian Ngajat dan sebagainya.

Apakah yang dimaksudkan dengan seni tarian?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, tarian boleh didefinisikan sebagai gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Manakala, menurut c. Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik jerman, tarian ialah gerakan yang berirama. 


    Setiap tarian yang dipersembahkan kebiasaanya mempunyai tujuan dan maksud tertentu. Sebagai contoh, apabila kita meraihkan sesuatu perayaan seperti Tahun Baharu Cina, tarian cina seperti tarian singa banyak dipersembahkan sebagai salah satu tradisi dan budaya dalam masyarakat cina. Contoh lain, suku kaum Kadazan yang mempersembahkan tarian Sumazau untuk tujuan keagamaan. Tarian ini dilakukan selepas menuai hasil tuaian padi bagi menunjukkan rasa kesyukuran dan juga untuk menghindari roh jahat.

    Oleh itu, seni tarian ini perlulah dipelihara agar keunikan setiap tarian ini tidak pupus ditelan zaman disamping mampu menarik minat pelancong luar untuk mengetahui keunikan tarian di Malaysia. Pemeliharaan tarian-tarian ini juga mampu membantu generasi pada masa hadapan untuk terus kekal mengetahui seni warisan yang berharga ini.



Rujukan:

Seni Tari Malaysia. (n.d.). Diakses pada Julai 23, 2020, dari http://bmpengurusan.blogspot.com/2010/08/seni-tari-malaysia.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli