Tarian Limbai
(Rajah 1- Penari Tarian Limbai. Sumber:https://pemetaanbudaya.my/assets/images/upload/culture_20191219062807.jpg)
Pengenalan
Tarian Limbai merupakan salah satu tarian tradisional etnik sabah. Tarian ini ialah tarian asli masyarakat suku Bajau di Kota Belud.
Tujuan tarian ini ditarikan adalah untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Perarakan akan dihentikan sementara sebaik sahaja rombongan pengatin sampai dan seterusnya tarian Limbai ini akan dipersembahkan di hadapan pengantin. Tarian ini merupakan upacara khas di mana tarian ini sebagai isyarat untuk menjemput pengantin untuk naik ke rumah bagi melakukan istiadat ijab qabul (pernikahan).
Penari-penari akan melambai-lambaikan selendang mereka sebagai tanda dan lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Persembahan Tarian
- Dipersembahkan 3 hingga 4 pasangan penari dan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut
- Lebih menarik ditarikan oleh 10 orang penari
- 5 lelaki
- 5 wanita
Alat Muzik
Tarian Limbai biasanya diiringi dengan alat muzik iaitu Tetawak atau Kulintangan
(Rajah 2- Alat Muzik Tetawak. Sumber: https://dikirbarattmx.weebly.com/uploads/2/5/4/3/25435412/1245492.jpg?318)
(Rajah 3- Alat Muzik Kulintangan. Sumber: https://nurhasanahbaqiah.files.wordpress.com/2015/06/kulintangan.jpg)
(Rajah 4- Alat Muzik Kulintangan. Sumber: https://www.juicesky.com/events/news/content//bagandang-juicesky.jpg)
Pakaian Penari
Wanita
Pakaian khas suku kaum Bajau iaitu Serimpak
- Serimpak membawa maksud lemah-lembut, sopan santun dan berbudi bahasa
- Blaus lengan panjang
- Skirt panjang
- Dihiasi dengan manik-manik pelbagai bentuk dan warna
- Disertakan den aksesori seperti
- Tali pinggang besi
- Gelang pada tangan dan kaki
- Timpak (hiasan kepala bagi wanita)
(Rajah 5- Pakaian Serimpak. Sumber: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbcuu9JqdZpxcD6XudIY2CfsoJ1PVCd_YWj__X9txgwIxNv2-whRa3AZpbYGq8tZZ8aNtZ652Z2Xtl6Agw8outG4vIwIwGsMiN08uwMsK5FX1V-C0Pez9OPGUhAnGOJJqaxgvD0cKR0DM/s1600/tamu-besar-kota-belud-2008_5371.jpg)
Lelaki
- Berbaju blaus panjang
- Berseluar panjang
- Bersamping
- Tengkolok
Gerakan Asas
Perempuan: melambai-lambaikan tangan di udara sambil bergerak ke kiri dan ke kanan
Lelaki: memulaskan pergelangan tangan mereka di udara sambil bergerak ke hadapan dan ke belakang
Berikut merupakan video contoh tarian Limbai yang dipersembahkan oleh Kumpulan "Sayau Omsidium" IPGK Gaya dalam pertandingan KAGUM 2019.
(Video 1- Tarian Limbai. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=eZBOHR1-A1c)
Sumber:
HAMIDIsP. (2017, April 25). 10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah. Diakses dari http://www.sentiasapanas.com/2017/04/tarian-tradisi-suku-kaum-sabah.html?m=1
LIMBAI. (n.d.). Diakses pada Julai 21, 2020, dari https://pemetaanbudaya.my/category/culture/341
Ulasan
Catat Ulasan