Tarian Daling-Daling



(Rajah 1- Penari menpersembahkan tarian daling-daling. Sumber: https://pemetaanbudaya.my/assets/images/upload/culture_20191219071536.jpg)

Pengenalan

Tarian Daling-Daling merupakan salah satu tarian etnik Sabah. Perkataan Daling-Daling dipercayai berasal daripada perkataan Inggeris iaitu "darling" yang membawa erti kekasih. Tarian daling-daling ini turut dikenali sebagai satu tarian usik mengusik di antara teruna dan gadis. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat bahawa tarian ini adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna tapi tarian ini sebenarnya dibawa oleh orang-orang sulu dari kepulauan Mindanao selepas mendapat pengaruh tentera Sepanyol. 

Asal usul tarian ini mengikut sejarah sebenarnya berasal daripada Sepanyol dan diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina. Akibat pengaruh yang dibawa tersebut, kini tarian Daling-Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau. 

Tarian ini akan dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, khatam Al-Quran dan majlish Hari Raya. Tarian Daing-Daling akan ditarikan secara berpasangan (masing-masing tiga penari lelaki dan wanita).

Kebiasaanya, tarian Daling-Daling ini dipersembahkan dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola serta nyanyian. Kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanita. Keunikan tarian ini dapat dilihat dengan liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakan kaki penarinya.

Alat Muzik

Gabbang dan bolak-bolak (dua bilah kayu) merupakan alat muzik yang digunakan untuk tarian Daling-Daling ini.


(Rajah 2-  Salah satu alat muzik untuk tarian Daling-Daling iaitu Gabbang. Sumber: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn%3AANd9GcTFUAsWWKgxfYSIJFWrMpGZAdmjwdVq8A3HUw&usqp=CAU)



(Rajah 3-  Salah satu alat muzik untuk tarian Daling-Daling iaitu Gabbang. Sumber: https://pemetaanbudaya.my/assets/images/upload/culture_20191219061902.jpg)



Pakaian atau Busana Penari

Lelaki 

Pakaian atau busana penari lelaki terdiri daripada baju lapi, seluar kantiyu yang keliahatan besar dan longgar, kandit ataupun kambot iaitu tali pinggang, tengkolok atau dipanggil pis siabit.

  • "Kandit" ialah kain merah atau hijau digunakan sebagai tali pinggang. 
  • "Pis" ialah tanjak yng dipakaikan oleh penari. Tingkat tanjak biasanya mengikut keturunan dan kedudukan seseorang tersebut.

Wanita

Busana penari wanita pula terdiri daripada baju batawi atau baju masigpit yang sempit, seluar sawwal kantiyu dan habul tiyahian yang dihasilkan daripada tenunan kain. 

Penari wanita memakai "dester" yang disebut "pies". Selain itu, jari penari wanita dihias dengan kuku palsu yang dinamakan "janggal". Kuku palsu ini diperbuat daripada logam perak atau suasa.




Unsur-Unsur dalam Tarian Daling-Daling

Terdapat beberapa unsur-unsur penting dalam tarian ini iaitu

  • Taghanak
Taghanak bermaksud menghentak-hentak kaki pada setiap habis rangkap lagu

  • Kinjung-kinjung
Unsur ini ialah pergerakan menunjuk-nunjuk wajah pasangan penari sambil kepala pasangan mengikut arah yang ditunjukkan

  • Sangbay
Sangbay bermaksud menyangbay pasangan perempuan.



Berikut merupakan video tarian Daling-Daling yang dipersembahkan oleh Universiti Sains Malaysia semasa pertandingan tarian MAKUM 2015.



(Video 1- Tarian Daling-Daling. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=5zs6wtBa6jE)



Sumber:

HAMIDIsP. (2017, April 25). 10 Jenis Tarian Tradisi Suku Kaum Negeri Sabah. Diakses dari http://www.sentiasapanas.com/2017/04/tarian-tradisi-suku-kaum-sabah.html?m=1

Linneria, L., & Ignatius, J. (n.d.). Assignment Titas : Tarian Tradisional Di Sabah. Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://www.academia.edu/25851172/ASSIGNMENT_TITAS_TARIAN_TRADISIONAL_DI_SABAH



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli