Tarian Kipas





Pengenalan

Tarian Kipas merupakan salah satu tarian etnik atau kaum Cina. Melalui keunikan kipas cina, tarian ini  mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Selain itu, kipas ini turut menjadi simbolik yang penting kerana angin merupakan elemen penting dalam masyarakat cina di mana masyarakat cina mempercayai tentang sesuatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Tarian ini dimainkan agar tarian ini membawa kebaikan atau lebih dikenali sebagai "Fung Shui".

Tarian ini berasal dari negara China dan pada asalnya tarian ini merupakan tarian ritual pemujaan dan penghormatan dewa mitologi Cina seperti yang tercatat pada sejarah musim semi dan gugur oleh Tuan Lu Buwei. Kini, mengikut peredaran zaman dan masa, tarian ini yang asalnya mempunyai unsur keagamaan telah berubah menjadi bentuk hiburan dalam bentuk sekelompok wanita yang menghiburkan tamu pada acara jamuan.


Persembahan Tarian

  • Dipersembahkan oleh 9 ahli kumpulan yang terdiri daripada
    • 7 Wanita 
    • 2 Lelaki

Peralatan Tarian
  • Kipas berwarna terang
  • Terdapat banyak jenis kipas
  • kain panjang
  • berbulu-bulu
  • diperbuat daripada buluh dan kertas


(Rajah 2- Contoh Kipas untuk Tarian Kipas. Sumber: https://www.slideshare.net/hazizon/folio-tarian-rimup)


Pakaian Penari

Pakaian tradisional Cina seperti; 
  • Congsam
  • Samfu






Berikut merupakan video contoh tarian Kipas yang dipersembahkan oleh Tadika Zhonghai, Daerah Yantian, Shenzhen, Persatuan Wanita Daerah Tengah dan Barat Hongkong pada tahun 2017.



(Video 1- Tarian Kipas. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=5VxOFueQV7M)


Sumber:

JKKN. (n.d.). TARIAN KIPAS. Diakses pada Julai 22, 2020, dari https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/295

Yl. (1970, Januari 01). ~~TaRiaN KiPaS CiNa~~lalalala~~~. Diakses pada Julai 22, 2020, dari http://ylee-kame-ylin.blogspot.com/2012/04/tarian-kipas-cinalalalala.html?m=1

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli