Tarian Magunatip





Pengenalan

Tarian Magunatip merupakan salah satu tarian etnik Sabah. Tarian ini turut dikenali sebagai tarian buluh. Perkataan Magunatip yang berasal daripada perkataan "apit" yang bermaksud jepit. Jepit ini bermaksud kaki penari akan terjepit atau terapit oleh dua batang buluh jika penari tersebut tidak dapat mengelakkan diri daripada terkena batang buluh semasa menari. Kaum murut kebanyakkanya tinggal di kawasan pendalaman Sabah seperti kawasan Keningau, Nabawan, Tenom, Sepulut dan Pensiangan. Tarian Magunatip ini merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Murut iaitu suku Kuhijau (Kwijau) di daerah speti Bingkor, Apin Apin dan Keningau. Tujuan asal tarian Magunatip ini adalah memerihalkan satu-satu upacara mereka seperti;
  • Upacara Mansilad (Upacara pengubatan orang sakit)
  • Upacara Magintan Taduk (Upacara pemujaan semangat padi)
  • Upacara Titikas (Upacara majlis keramaian)
  • Upcara Massayau (Upacara pemujaan roh semangat untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka)

Kebiasaannya, tarian ini dipersembahkan untuk memeriahkan suasana sesebuah majlis. Tarian ini mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding tarian tradisi lain kerana ketangkasan dan kemahiran yang ditunjukan oleh penari Magunatip semasa menari melintasi buluh yang dipukul serentak dapat membantu tarian ini dipersembahkan tanpa iringan muzik. Melalui tarian ini, dapat dilihat unsur kegagahan yang ada pada kaum Murut.



Alat Muzik

Tarian ini biasannya memerlukan alat muzik sansaring (gong kecil) sahaja. Hal ini kerana selain sansaring, buluh turut digunakan sebagai muzik kerana bulu yang dilagakan akan mergenluarkan bunyi yang kuat dengan rentak irama yang menarik. 


Pakaian Penari


Wanita
  • Penari memakai pakaian yang berwarna-warni dan dihiasi dengan manik-manik pelbagai jenis.
  • Memakai "salupai" di kepala
  • Memakai tali pinggang digelar "pipirot"
  • Memakai gelang tangan dan kaki 
  • Memakai rantai dan sebagainya

Lelaki
  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu
  • Memakai "tupi sinulatan" di kepala





(Rajah 3- Pakaian Wanita Etnik Murut berserta label. Sumber: https://cj.my/wp-content/uploads/2014/06/260614Tindal4-360x316.png)




Berikut merupakan contoh tarian Magunatip yang dipersembahkan oleh penari-penari sabah.


(Video 1- Tarian Magunatip. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=yglEb9yr6w0)

Berikut juga salah satu contoh tarian Magunatip yang ditarikan oleh penari di salah satu pusat beli belah di sabah iaitu Imago.


(Video 2- Tarian Magunatip. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=qPlfXXerhNs)



Sumber:

JKKN. (n.d.). Magunatip. Diakses pada Julai 21, 2020, dari https://pemetaanbudaya.my/category/culture/351

Linneria, L., & Ignatius, J. (n.d.). Tarian Tradisional di Sabah. Diakses pada Julai 21, 2020, dari https://www.academia.edu/25851172/ASSIGNMENT_TITAS_TARIAN_TRADISIONAL_DI_SABAH




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Inang

Tarian Limbai

Tarian Asli