Tarian Sewang



(Rajah 1- Penari Tarian Sewang. Sumber: https://i.ytimg.com/vi/y8k1ot2d2dY/maxresdefault.jpg)


Pengenalan

Tarian Sewang adalah tarian yang sinonim dan popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Tarian Sewang ini turut merupakan tarian tradisi semua ornag Asli. Tujuan asal tarian ini ditarikan adalah untuk tujuan perubatan, tetapi kini tarian ini telah dipersembahkan di majlis-majlis keraian.

Jenis-Jenis Sewang
Terbahagi kepada 2:
  • Sewang Terang
    • Dijalankan dalam suasana terang pesta
    • Sering dijalankan dalam 
      • upacara pemutus ubat
        • 20 pesakit yang telah diubati dan masih belum menjalankan upacara pemutus ubat hendaklah berkongsi menjalankan sewang
      • upacara menolak bala 
        • disebabkan wabak penyakit atau hasil pertanian yang tidak begitu baik
      • Dijalankan selepas musim genggulang (menuai) 
        • bertujuan untuk mengucapkan terima kasih kepada semangat hutan dan meminta hasil pertanian yang lebih lumayan pada masa akan datang
    • Biasanya dilakukan 7 hari 7 malam berturut-turut

  • Sewang Gelap
    • Dijalankan untuk perubatan


Alat Muzik

Tarian Sewang ini telah diiringi dengan alunan alat muzik tradisional yang dinamakan Bukuh Cetong yang dihentak kayu beluti oleh 5 orang wanita di belakang

Bilangan Penari

Ditarikan oleh 18 orang atau lebih penari lelaki atau wanita


Asas Tarian Sewang

  • Akan diketuai oleh seorang lelaki yang berusia (Sebagai penyanyi utama)
  • Penari lain akan mengulangi baris nyayian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai


  • Berikut merupakan video contoh Tarian Sewang yang ditarikan oleh Artis Budaya JKKN WPKL semasa Koleksi Tari Malaysia 2016.


    (Video 1- Tarian Sewang. Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=sCXNtZcE11E)



    Sumber:

    Muhamad Hazizon. (2014, September 05). Folio tarian RIMUP. Diakses pada Julai 20, 2020,

    Tarian Terinai. (n.d.). Diakses pada Julai 20, 2020,

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Tarian Inang

    Tarian Limbai

    Tarian Asli