Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Pengenalan Tentang Blog

Imej
Sumber:  https://media3.giphy.com/media/ZC5FXM5H9G7hHtAEqH/giphy.gif Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Blog ini akan menerangkan serba sedikit maklumat tentang tarian-tarian yang terdapat di Malaysia yang merangkumi pelbagai bangsa dan etnik seperti tarian Melayu,  tarian Cina, tarian India dan tarian Etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Blog ini memberi pencerahan tentang jenis tarian, pengenalan dan langkah-langkah asas atau pergerakan di dalam tarian tersebut. Semoga artikel-artikel dan maklumat yang ditulis ini akan membantu dan memberi manfaat kepada setiap insan yang ingin mengetahui tentang tarian-tarian yang terdapat di Malaysia. Sekiranya terdapat maklumat yang unik dan menarik mengenai tarian-tarian tersebut, jangan segan untuk komen agar lebih ramai mengetahui maklumat tersebut. Terus berhubung dan nantikan post baharu tentang seni tarian di Malaysia. 😀 Nota kecil:  *Setinggi-tinggi penghargaan saya ingin ucapkan kepada rakan karib yang juga merupakan rakan menar

Seni Tarian secara Umum

Imej
(Rajah 1- Sumber:  https://4.bp.blogspot.com/-ssEzOSyfG00/WQAwyRAlupI/AAAAAAABPtg/7oa6t1MoJmErS27tamGjpb32PT322FoRwCLcB/s1600/Tarian%2BDi%2BMalaysia.jpg )      Malaysia merupakan salah satu negara yang banyak mempersembahkan seni tarian dalam kehidupan bermasyarakat. Kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia ini seperti etnik dan budaya disokong dengan pengaruh luar telah memberikan impak positif dalam seni tarian. Faktor tersebut telah menghasilkan pelbagai jenis tarian seperti tarian Zapin, tarian Kuda Kepang, tarian Ngajat dan sebagainya. Apakah yang dimaksudkan dengan seni tarian? Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, tarian boleh didefinisikan sebagai gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Manakala, menurut c. Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik jerman, tarian ialah gerakan yang berirama.       Setiap tarian yang dipersembahkan kebiasaanya mempunyai tujuan dan maksud tertentu. Sebagai contoh, apabila kita meraihkan sesuatu perayaan sepert

Tarian Asli

Imej
(Rajah 1- Penari Tarian Asli. Sumber:  https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEjJRpNMW22tUii3aUuPGlpv5j8vhuvxMBiXiFMMQk3-_kuSqzN8PBBxgKR0tzAsCTgPg3rbhmUANF_oCX8AN-2OnteFkp53Z_fztXJPM0KQZl48wx7mTBsq9_f-9oXTQWpoHN6_FP9GJUSX6Ky6= ) Pengenalan Tarian Asli merupakan salah satu tarian tradisi melayu dan tarian ini wujud daripada rentak dan irama Dondang Sayang. Namun, perbezaan anatara Dondang Sayang dan Tarian Asli ialah tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun. Tarian Asli ini sebenarnya merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu.  Penari bagi tarian ini akan berpakaian melayu iaitu bagi; Penari Lelaki Penari Wanita  Baju Melayu Berkebaya Labuh  @ Berbaju Kurung  Songkok  Bersampin  Peralatan Tambahan yang boleh ditarikan bersama-sama ialah; Tudung Saji Tepak Sireh Keris Songket  Lain-lain Manakala lagu-lagu yang digunakan untuk mempersembahkan tarian Asli i

Tarian Adai-Adai

Imej
(Rajah 1- Penari Tarian Adai-Adai. Sumber:  https://pemetaanbudaya.my/assets/images/upload/culture_20191219070442.jpg ) Pengenalan Tarian Adai-Adai merupakan salah satu tarian yang terdapat di Sabah dan Labuan. Tarian Adai-Adai ini merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei. Tarian Adai-Adai adalah tarian yang dikaitkan dan digambarkan dengan kehidupan para nelayan. Hal ini kerana kehidupan tradisi masyarakat brunei adalah kehidupan  kaum nelayan. Asalnya, tarian ini merupakan suatu lagu yang berbentuk pantun dan dinyanyikan secara beramai-ramai. Penciptaan melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang bersesuai dengan irama dan suasana lagu itu telah mewujudkan tarian-tarian ini. Sebagai contoh lagu yang dinyanyikan yang bersesuaian ialah "Lagu Adai-Adai". Lagu tersebut selalu dinyanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dai menangkap ikan. Justeru, daripada kisah tersebut, maka terciptalah tarian ini yang mengambarkan keriangan, kepenatan dana pekerja

Tarian Bharathanatyam

Imej
(Rajah 1- Penari Tarian Bharathanatyam. Sumber:  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir_JkMfyvedKeRQowMmpNiU5SdE3RoehwmwKEdLFPnkFlRA2o8dGxR-lnEXPCPRZBlBG99mJw_uIMe4NB1Hw7qAmg-dneo3BGMah3u_VD76GGn-HMjx3TWW6B3YIS0OCYX-mX3BCYxy_Ct/s280/bharatanatyam.jpg ) (Rajah 2- Penari Tarian Bharathanatyam. Sumber:  https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6a/Bharata_Natyam_Performance_DS.jpg/220px-Bharata_Natyam_Performance_DS.jpg ) Tarian Bharathanatyam merupakan tarian yang berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India. Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian kaum india. Bharathanatyam sebenarnya merupakan istilah atau perkataan ayng berasal daripada gabungan  empat suku kata iaitu; SUKU KATA MAKSUD bha (bhava) Ekspresi ra (raga) Muzik ta (tala) Ritma natyam Seni Tarian Dramatik Untuk menguasai tarian ini, seseorang itu perlu mengamb

Tarian Daling-Daling

Imej
(Rajah 1- Penari menpersembahkan tarian daling-daling. Sumber: https://pemetaanbudaya.my/assets/images/upload/culture_20191219071536.jpg ) Pengenalan Tarian Daling-Daling merupakan salah satu tarian etnik Sabah. Perkataan Daling-Daling dipercayai berasal daripada perkataan Inggeris iaitu "darling" yang membawa erti kekasih. Tarian daling-daling ini turut dikenali sebagai satu tarian usik mengusik di antara teruna dan gadis. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat bahawa tarian ini adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna tapi tarian ini sebenarnya dibawa oleh orang-orang sulu dari kepulauan Mindanao selepas mendapat pengaruh tentera Sepanyol.  Asal usul tarian ini mengikut sejarah sebenarnya berasal daripada Sepanyol dan diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina. Akibat pengaruh yang dibawa tersebut, kini tarian Daling-Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.  Tarian ini akan dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwina

Tarian Datun Julud

Imej
(Rajah 1-Tarian Datun Julud. Sumber:  https://live.staticflickr.com/5567/14799188298_faaef730ec_z.jpg ) Pengenalan Tarian Datun Julud atau juga dikenali sebagai tarian Kenyalang merupakan salah satu tarian etnik Sarawak. Tarian ini popular dalam kalangan masyarakat etnik Kayan atau Kenyah. Kebiasaannya,tarian ini akan dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan iaitu bagi menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan daripada berburu dan perayaan tahunan iaitu untuk menandakan tamatnya musim menuai. Dipercayai, asal usul tarian ini dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan yang bernama Nyik Selong. Nyik Selong mencipta tarian ini untuk meluahkan tansa kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Tarian ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan.  Alat Muzik Alat muzik yang digunakan untuk  mengiringi tarian Datun Julud ini adalah Sape sahaja. Sape ialah alat muzik yang berbentuk seperti gambus panjang, badannya panjang,  b

Tarian Inang

Imej
(Rajah 1- Penari mempersembahkan Tarian Inang. Sumber:  https://es-la.facebook.com/jkkn.kelantan/posts/tahukah-andarentak-mak-inang-ditujukan-untuk-gerak-tari-para-pengasuh-atau-inang/1365890450201160/ ) Pengenalan Tarian Inang merupakan salah satu tarian traditional Melayu. Inang bermaksud pengasuh. Justeru, Tarian Inang ini memberikan gambaran bagaiman lembut dan sopan satunnya peribadi seseorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan yang mengambarkan keserasian di dalam kehidupan berkeluarga. Sedikit cerita mengenail Tarian Inang. Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu telah dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptannya oleh Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah adalah seorang yang gemarkan kesenian Melayu.  Sultan telah mengeluarkan arahan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk mengajar para dayang tentang tarian ini dan akan dipersembahkan kepada Sult